• Main
  • Gallery

Jika Hari Ini Seorang Perdana Menteri Berkuasa;

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa;
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta;
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara;
Jika hari ini seorang ulama yang mulia;
Jika hari ini seorang peguam menang bicara;
Jika hari ini seorang penulis terkemuka;
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Kepada Semua Pendidik Yang Bergelar…
“Cikgu, Teacher, Ustaz, Ustazah, Profesor Dan Sebagainya”

TERIMA KASIH

Kerana Mengajar Kami Tentang Adab Dan Ilmu Sehingga Kami Menjadi Orang Yang Berguna. Jasa kalian akan selalu kami kenang tetaplah menjadi pelita untuk anak bangsa

Selamat Hari Guru 2022
"Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA"

Video oleh: Hazim MN

#SelamatHariGuru
#GuruTunjangSekolahSEJAHTERA
#SepakatMembawaBerkat
#SMKPantaiSekolahPilihan
#SMKPantaiSekolahSelamat
#SMKPantaiMenujuPuncakKejayaan