• Main
  • News

Pada 15 November 2025 (sabtu), Pihak Sekolah Telah

Pada 15 November 2025 (sabtu), Pihak Sekolah Telah

Pada 15 November 2025 (Sabtu), pihak sekolah telah melaksanakan Program Majlis Anugerah Kualiti Murid 2025 (MAKMUR).
Majlis ini meraikan seramai 353 penerima anugerah merangkumi tiga kategori utama iaitu Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid. Turut diraikan ialah penerima Anugerah Cemerlang SPM 2024 yang telah memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan SPM.

Majlis ini diadakan sebagai penghargaan atas usaha, komitmen dan kecemerlangan murid dalam pelbagai aspek sepanjang tahun. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah dan semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kecemerlangan pada masa akan datang.

Kita doakan semoga anak-anak kita akan terus mencapai kejayaan di samping menjaga adab dan akhlak mereka. Semoga mereka berjaya di dunia dan akhirat.